Sejarah SGS

Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban atau juga dikenali sebagai ’Science Girls School’ (SGS) mula memperoleh kelulusan untuk beroperasi pada 3 Ogos 2013 dengan menerima seorang Penyelaras (care taker) berkuatkuasa 21 Ogos 2013. Diikuti pada 16 September 2013, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pemandu melapor diri. Sehingga 31 November 2013, SGS telah menerima PK HEM, 3 orang guru kanan mata pelajaran (GKMP Bahasa, GKMP Kemanusiaan dan GKMP Sains & Matematik) dan seorang Ketua Pembantu Tadbir. Pada 1 Disember 2013 pula, SGS telah menerima bekalan guru seramai 12 orang yang diambil daripada Sekolah Berasrama Penuh lain, yang memohon berpindah daripada sekolah lama mereka. Manakala tanggal 6 Januari 2014, titik bersejarah apabila Pn. Hjh. Azizah bt Musa telah melaporkan diri sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Perempuan yang pertama.

Penjenamaan semula SGS adalah dengan mengambil alih tapak bangunan Kolej Tengku Kurshiah  (kerana TKC telah memperoleh bangunan baru  di Bandar Enstek),  dengan keluasan  tanah 22 ekar di Bukit Merbah, Jln. Tunku Kurshiah.  SGS pada peringkat awal, telah mengguna pakai 4 blok asrama (daripada 7 blok yang sedia ada), blok pentadbiran, blok akademik, surau, dewan besar, dewan makan dan 2 blok bangunan baru beserta padang dan gelanggang. SGS telah menerima puteri sulong pada 25 Februari 2014. Seramai 180 orang murid dari kalangan murid tingkatan 4 dari seluruh negara telah menerima tawaran ke sekolah ini. Bilangan kelas yang dibuka ialah 6 kelas yang menawarkan Sains Tulen sahaja buat masa ini.

Ucapan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan MB Negeri Sembilan mengenai tapak SGS.